Posts

Showing posts from 2011

waktu mustajab utk brdoa....

Image
Ketika hujan. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan. Waktu antara azan dan iqamat. Ketika iktidal yang akhir dalam solat. Ketika sujud dalam solat. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk). Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur. Sepanjang hari Jumaat. Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. Antara waktu Zuhur dan Asar dan Asar dan Maghrib.

sedeyh......

Image
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula bersedih hati" "Janganlah kamu bersedih sesungguhnya ALLAH selalu bersama kita" "Niscaya tidak ada khawatir atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" Bersedih hanya akan padamkan semangat, redakan tekad, dan bekukan jiwa. Kesedihan itu kaya demam yang menjadi tubuh jadi lemah. Kerana ia hanya ada daya yang menghentikan, bukan menggerakkan. Bahkan kesedihan adalah 1 hal yang paling disenangi syaitan. "Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan supaya orang2 mukmin berduka cita" Doa: "Allahumma innii auzubika minalhammi walhuzni" yang ertinya Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan duka cita. So, masih ada alasan untuk bersedih??

bercumbu tanpa zina....

 Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua??  Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu: Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi). Menyentuh bu...

berhemah dlm mnegur....

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenar...

7 sunnah Rasulullah S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup." Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: Tahajjud , kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh . Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, ke...

berani x berani ? ? ?

siapa yg brani wat lubang sprti kubur kat blakang umah n tmpt tu sunyi ? ?....then baring dlm tu stiap hari n ckp sprti peristwa dlm kbur..pejamkn mata n byngkan ada 2mlaikat yg dtg soal mcm2.....rsa2 haty n minda kita akn brubh x? ? sy yg taip ni pon takot woooooooOO kalo kita dh mati xleh mnx sesaat pn nk p solat an.....time to mnyesal tahap maximm pon da xda guna daaaa....kalo kat dunia ni xda krdit pon still boleh suh pakwe lah..awek lah p tpup....kalo nnty?dwng leh tlng x? ?konon hdup mati nk brsama lah an3?tp nk kena siksa xbrsma pon~ AMALAN kita yg akn brsma......sama2 lah kita pkir2kn balik k?semoga Allah mmberi sinar hdayah kpd kita suma...AMIN..=)

buleyh dok kta p tgk movie??

Image
    Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan. Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu. Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja p...

klinik angry KITA...

PENAWAR DAN UBAT PENYAKIT MARAH: Lazimkan melakukan DUA perkara apabila berasa MARAH : 1. Memecahkan kemarahan /meredakannya: Yang dimaksudkan dgn memecahkan kemarahan ialah mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan Marah sehingga ia tunduk patuh kpd pertimbangan aqal dan suruhan Syara'. Umpama anjing perburuan yg taat patuh tidak sekali kali engkar kpd perintah tuannya; maka begitulah juga Marah, bergerak gerak akur dgn arahan pertimbangan aqal yg waras, dan syara', tenang dan diam mengikut petunjuk keduanya dpd keduanya itu. Perkara ini dpt dicapai dgn bersungguh sungguh mengasuh dan mengajar perasaan marah ini dgn membiasakan lambat marah, mudah memberi kemaafan,menjauhi pertelingkahan dan perkara perkara yg menyebabkan marah. memecahkan kemarahan bukan bererti menghilangkannya atau membuang perasaan marah sama sekali kerana perasaan marah tidak mungkin dpt di buang dari diri kita, dan tidak patut ia hilang; bahkan jika ia hilang sekalipun maka wajib kita menga...

petua mengelak tabiat mngumpat......

Image
>ok..kalo asa ja nk ngumpat tu..try tgk dri sndri dlu..apa yg xok..then sbut2 lah tgk segala cela2 yg ad pd dri kita... >menginsafi akibat atau balasan drp Allah s.w.t kpd org yg mnumpat dan tkot akn ancman2 yg akn dhdpkan ke ats drinya.... >sibukkan diri mengubati kekurangn dri spya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati..soo..xdalah sibuk nk ngumpat org lain... sabda Rasulullah s.a.w :berbahagialah seseorang yg disibukkan oleh celanya sendri drp melihat cela2 org lain >ubat yg paling mujarab ialah kekuatan iman dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sahajalah yg dpt menghindarkan drp segala ucapan buruk...

apa itu hijab..jilbab n niqab???

Image
HIJAB Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran. Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna. "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah(dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26] JILBAB Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar. Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh. Jika dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini,  fesyen pemakaian tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga ...