WANITA .....
1. Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila
telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah s.w.t.
7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah
berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak
terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13. Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
14. Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
16 Syurga
itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di
dalam syurga.
18
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada
Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.”
Comments
Post a Comment